Sunday 21 December 2014

FIRE SALE di JAMU SUSUK DARA CINTA KASIH


Assalamualaikum....buat pertama kalinya kami ingin mengadakan FIRE SALE khas untuk anda semua.... Jadi apa tunggu lagi??Jika anda menikmati potongan harga tuk produk jamu susuk dara bole whatsapp 0129508011 segera sementara stok masih ada......

Thursday 11 December 2014

15 Jalan Mudah Elak Kanser


Majid Omar  /  at  00:28  /  No comments
Jangan ambil ringan apabila statistik lelaki-lelaki di Malaysia yang menghidap kanser terutama prostat tidak seramai Amerika Syarikat. Hakikatnya, lelaki-lelaki Asia masih merasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka. Sama ada anda tergolong kelompok yang malu ini, mari lihat jalan mudah yang boleh membantu mencegah kanser.



Hidang Kubis Jeruk Dalam Hidangan

Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana menurut kajian Finnish, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan.

Perbanyakkan Makan Sayur Brokoli

Sayur brokoli merupakan makanan  terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Namun, sayur brokoli lebih baik jika anda mengukusnya untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

Tambah Kacang Brazil di Dalam Salad

Kacang brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA. Kajian Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium berjaya kurangkan 48% sakit ini. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan bahawa 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

Ambil Kalsium Bersama Vitamin D Sebagai Makanan Tambahan

Menurut kajian Dartmouth Medical School, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan  polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

Masukkan Bawang Putih Setiap Kali Hidangan

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut.

Bersarapan Dengan Beri Biru

Buah beri biru merupakan buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

Banyakkan Sos Perapan Untuk Makanan Bakar

Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Namun, kajian yang diperoleh dari American Institute for Cancer Research mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api supaya daging anda masak sempurna.

Minum Banyak Air Kosong

Menurut kajian dari The New England Journal of Medicine pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkna risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat

Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi. Di barat, kajian baru membongkarkan bahawa teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG merupakan salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

Ambil Salmon Bakar Sebagai Menu Makan Malam

Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. Hebatnya makanan yang kaya omega-3 ini, bukan?

Berjemur 15 Minit Setiap Hari

Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda bahawa kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

Pilih Kiwi Sebagai Buah Pilihan

Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Oh ya, petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

Jadikan Buah Sitrus Sebagai Minuman Harian

Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

Beli Makanan Organik

Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser.

Ambil Multivitamin Setiap Pagi

Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan  tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi  sestem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser.

Jika anda percaya anda sihat sepenuhnya dari sebarang kanser, tidak ada salahnya anda mengambil tahu serba sedikit tip mudah untuk elak kanser. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Share
Posted in:  Posted on:

0 comments:

Rahsia 6 pack

Majid Omar  /  at  23:47  /  No comments

Ramai lelaki mendambakan tubuh berketul-ketul, tetapi malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi ‘berketul’ di satu tempat saja iaitu perut!

Peraturan Yang Perlu Anda Tahu

  1. Makan seperti Raja pada sebelah pagi, makan seperti Putera pada waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
  2. Ambil enam hidangan kecil untuk menjaga kestabilan tahap gula dan minum tiga hingga empat liter air setiap hari.
  3. Ambil 150 gram protin setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Badan anda menggunakan 20 hingga 30 peratus untuk menghadam protin untuk keperluan karbohidrat.
  4. Jangan menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori.
  5. Elak mengambil makanan ringan setelah jam 11 malam.
Pemakanan Yang Perlu Diambil

Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau terlu masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijian.Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.

Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotin sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak , beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau emmpunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

Pemakanan Yang Perlu Dielak

Elak terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi banyak bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan. Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah elak mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan  ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih. Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman 3 in 1 dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

Untuk memudahkan anda, kami ada menyediakan jadual mudah buat anda mengatur dan melatih diri dalam membina abdomen six pack ini.

  • 07.00 am: Bubur oatmil bersama pisang, kismis dan teh hijau
  • 10.00 am: Dua telur separuh masak yang dilapisi daging salai di atas roti gandum.
  • 12.00 pm: Minuman protin (sebelum latihan)
  • 02.00 pm: Minuman protin (selepas latihan), diikuti daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
  • 05.00 pm: Bar protin dan pisang
  • 08.00 pm: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah, kale dan perasa seperti kicap kurang masin. Untuk pencuci mulut pula, ambil betik bersama halia dan jus limau.

Tip-tip ini tidaklah menggunakan perbelanjaan yang besar dan buktikan pada rakan bahawa anda bukan berangan kosong. Bolehlah anda cuba baju body fit selepas ini. Perlu berdisplin dan selamat membina otot!

Diet Atkins

Siapa kata lelaki tidak sanggup berdiet Atkins? Diet ini cukup dikenali di kalangan lelaki yang mahukan turun berat badan secara cepat dan berkesan. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa diet ini mendatangkan pro dan kontra tanpa disedari.

Apa itu diet Atkins?

Diet ini pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins pada awal tahun 70an. Pada awalnya, diet ini tidak begitu popular dan tidak mempunyai pengikut yang ramai kerana pada masa itu, lebih ramai yang memilih untuk berdiet rendah lemak. Teori diet Atkins mengatakan bahawa anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat sama sekali. Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan di mana  tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Kebanyakan yang mengamalkan diet Atkins berjaya kurus kerana dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Untuk lebih difahami, menerusi diet Atkins ini karbohidrat disingkirkan terus dari pemakanan kita, bermakna kalori dapat dikurangkan dan membawa kepada penyusutan berat badan.
Diet rendah lemak tidak berkesan?

Sebelum ini, ramai yang mengamalkan diet rendah lemak tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Sekalipun berjaya menurunkan berat badan, namun selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tidak mampu mengikut teknik diet rendah lemak itu buat masa yang lama.

Keburukan di sebalik diet Atkins?

Sepanjang anda melakukan diet ini, tubuh badan akan berada di dalam keadaan ketosis iaitu keadaan di mana tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Pengambilan banyak protein menyebabkan anda mengambil banyak kolesterol dalam seharian. Sebagai contoh, makanan laut seperti udang dan ikan mempunyai protein yang tinggi dan hampir kesemuanya mengandungi kolesterol yang menjadi punca kepada sakit jantung. Ketosis akan menyebabkan nafas berbau, menyebabkan osteoporosis dan merosakkan buah pinggang jika dilakukan dalam jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan urik asid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi), batu karang dan sembelit.

Diet Atkins memang boleh menurunkan berat badan dengan pantas tapi usah terkejut apabila hasil bentuk tubuh anda akan lebih kepada kurus lembik dan bukannya berotot kerana penurunan  pantas ini hanya melibatkan penurunan berat air dan otot! Apa pun terpulang pada anda sendiri untuk tampil kurus dan lebih sihat. Orang kata, hendak tampil 'elok', biarlah bijak dan berpada-pada. Tepuk dada tanyalah selera!

Promosi Herbarium...rm125 tuk 2 kotak

Kikiki tercuit hati bile si suami makin pening dek kerana penangan HERBARIUM U WHITE....hehe...
Cepatttt tau...
OFFERR GEMPAKKKKK GEMPITAAA
HERBARIUM U WHITE 2KOTAK RM125
stock dh x bnyak dh...saper cepat dia dapat...

Thursday 28 August 2014

Harga Pos

KADAR POS MALAYSIA

KADAR POS PARCEL

SEMENANJUNG MALAYSIA 
0.00kg - 1.00kg : RM7.00
1.00kg – 2.00 kg : RM7.00
2.00kg – 3.00kg : RM8.50
3.00kg - 4.00kg : RM10.00
4.00kg - 5.00kg : RM11.50
5.00kg - 5.50kg : RM13.50

Tempoh Penghantaran :
3- 5 Hari Bekerja


SABAH/SARAWAK
0.50kg - 1.00kg = RM10.00
1.00kg - 1.50kg = RM11.50
1.50kg - 2.00kg = RM13.00
2.00kg - 2.50kg = RM16.00
2.50kg - 3.00kg = RM17.50
3.00kg - 3.50kg = RM20.50
3.50kg - 4.00kg = RM22.00
4.00kg - 4.50kg = RM25.00
4.50kg - 5.00kg = RM26.50
5.00kg - 5.50kg = RM29.50
Tempoh Penghantaran :
5- 10 Hari Bekerja


KADAR POS LAJU
SEMENANJUNG MALAYSIA
0.00kg -0.50kg : RM6.00
0.51kg -0.75kg : RM7.30
0.75kg -1.00kg : RM8.60
1.01kg -1.25kg : RM10.00
1.25kg -1.50kg : RM11.00
1.50kg -1.75kg : RM13.00
1.75kg -2.00kg : RM14.00

SARAWAK
0.00Kg - 0.50kg : RM9.00
0.50kg - 0.75kg : RM11.00
0.75kg -1.00kg : RM13.00
1.00kg -1.25kg : RM15.00
1.25kg -1.50kg : RM17.00
1.50kg -1.75kg : RM19.00
1.75kg -2.00kg : RM21.00

SABAH
0.00Kg - 0.50kg : RM9.00
0.50kg - 0.75kg : RM12.00
0.75kg -1.00kg : RM15.00
1.00kg -1.25kg : RM17.00
1.25kg -1.50kg : RM20.00
1.50kg -1.75kg : RM23.00
1.75kg -2.00kg : RM25.00

Tuesday 26 August 2014

Testimoni Berjaya Hamil

Assalamualaikum...hari ni nak upload testimoni yang berjaya hamil dengan jsd..ni sejak 2012 lg yea...iaitu semenjak mula saya join JSD...okey layan yea...Namun begitu, harus diingat semua ni adalah kuasa Allah...JSD cuma hanyalah usaha kita tuk dapatkan baby....yang paling Berkuasa adalah Allah yang Agung...Allahuakbar....






Monday 21 July 2014

Cara Urut Payudara

Cuma sapu sedikit minyak ikat kasih (MIK) dan urut payudara anda kecuali bahagian nipple secara bulatan(sila rujuk gambar di bawah) amalkan dan insyaallah dalam masa singkat anda boleh rasa dan nampak perubahannya... Bau MIK ni sangat harum...jadi tak la memualkan..

RAHSIANYA : Minyak Ikat Kasih diperbuat dari:-
- IKAN BELACAK
- LINTAH
- HABBATUS SAUDA
- LADA PAHIT
- PINANG MUDA

1. Duduk di atas kerusi dan tegakkan badan seperti mendada..

2. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 8-10 saat.. Kemudian lepaskan perlahan-lahan.. lakukan 7 kali sebagai panas badan..

3. Ramas kedua-dua payudara perlahan-lahan selama 5 minit..

4. Ramas dan tolak kedua-dua payudara ke dalam. Lakukan selama 5 minit..

5. Letakkan kedua-dua tangan dibawah payudara.. Tarik nafas dan tolak payudara ke atas.. Tahan payudara dari jatuh apabila lepaskan nafas.. Lakukan selama 5 minit..

6. Angkat tangan kanan tegak keatas.. Tangan kiri meramas payudara belah kanan dan tolak ke atas dan ke dalam.. Lakukan selama 5 minit..

7. Ulangi langkah 6 pada payudara sebelah kiri..

Inilah 7 cara yang terbaik untuk urutan membesarkan payudara.. Elakkan tidur meniarap kerana meniarap boleh membantutkan pembesaran payudara anda..

Urutlah payudara dgn MINYAK IKAT KASIH RM65..pasti tidak mengecewakan anda!!
Selamat Mencuba..