Thursday 11 December 2014

15 Jalan Mudah Elak Kanser


Majid Omar  /  at  00:28  /  No comments
Jangan ambil ringan apabila statistik lelaki-lelaki di Malaysia yang menghidap kanser terutama prostat tidak seramai Amerika Syarikat. Hakikatnya, lelaki-lelaki Asia masih merasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka. Sama ada anda tergolong kelompok yang malu ini, mari lihat jalan mudah yang boleh membantu mencegah kanser.



Hidang Kubis Jeruk Dalam Hidangan

Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana menurut kajian Finnish, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan.

Perbanyakkan Makan Sayur Brokoli

Sayur brokoli merupakan makanan  terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Namun, sayur brokoli lebih baik jika anda mengukusnya untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

Tambah Kacang Brazil di Dalam Salad

Kacang brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA. Kajian Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium berjaya kurangkan 48% sakit ini. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan bahawa 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

Ambil Kalsium Bersama Vitamin D Sebagai Makanan Tambahan

Menurut kajian Dartmouth Medical School, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan  polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

Masukkan Bawang Putih Setiap Kali Hidangan

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut.

Bersarapan Dengan Beri Biru

Buah beri biru merupakan buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

Banyakkan Sos Perapan Untuk Makanan Bakar

Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Namun, kajian yang diperoleh dari American Institute for Cancer Research mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api supaya daging anda masak sempurna.

Minum Banyak Air Kosong

Menurut kajian dari The New England Journal of Medicine pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkna risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat

Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi. Di barat, kajian baru membongkarkan bahawa teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG merupakan salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

Ambil Salmon Bakar Sebagai Menu Makan Malam

Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. Hebatnya makanan yang kaya omega-3 ini, bukan?

Berjemur 15 Minit Setiap Hari

Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda bahawa kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

Pilih Kiwi Sebagai Buah Pilihan

Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Oh ya, petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

Jadikan Buah Sitrus Sebagai Minuman Harian

Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

Beli Makanan Organik

Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser.

Ambil Multivitamin Setiap Pagi

Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan  tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi  sestem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser.

Jika anda percaya anda sihat sepenuhnya dari sebarang kanser, tidak ada salahnya anda mengambil tahu serba sedikit tip mudah untuk elak kanser. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Share
Posted in:  Posted on:

0 comments:

No comments:

Post a Comment